Pencemaran
udara merupakan satu
keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan
kimia, jirim
zarahanatau bahan
biologi yang
boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup
lain serta merosakkan alam
sekitar apabila
ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon
dioksida, sulfur
dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Punca pencemaran udara:
1. pelepasan asap kenderaan
2. pembakaran di tempat
pelupusan
3. pembakaran terbuka
4. kebakaran hutan
5. penyemburan racun
makhluk perosak
Kesan pencemaran udara:
1. system pernafasan
2. menjejaskan mata dan
penglihatan manusia
3. kesan kepada tumbuhan
adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran
daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga
akan mengalami masalah.
4. kesan pada haiwan ialah,haiwan
tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi
disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan
haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran
udara.
5. Kesan kepada bahan
juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti
kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus.Selain itu
6. Hujan asid
7.
Langkah- langkah
mengurangkan pencemaran udara
1. Menghijaukan
kawasan
2. Penggunaan
petrol tanpa plumbum
3. Program kitar semula
4. penguatkuasaan undang-undang
5. Kempen
Rujukan :
http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengurangkan-kesan.html#axzz35cERPqBh
Punca-punca Pencemaran
Udara Dan Langkah Mengatasinya
Baru-baru ini, negara
kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara
Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu
fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara.
Antaranya ialah
1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.
Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.
2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.
Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!
3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.
Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.
Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.
5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.
Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.
6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.
Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.
7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.
Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.
http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/punca-punca-pencemaran-udara-dan.html