Tuesday, June 16, 2015

Kajian Lapangan Geografi PT3 2015

Makluman awal ;
Tugasan: Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal/ sekolah calon.

1. Perancangan – jadual kerja, pengagihan kerja, objektif kajian, kaedah kajian.(10 mkh)
2. Borang soal selidik (dan rujukan lain – nyatakan sumber rujukan). (20 mkh)
1.       Maklumat Am(nama,umur,pendapatan)
2.       Jenis Pekerjaan Responden (kerajaan,industri,petani,nelayan,buruh,lain-lain)
3.       Cadangan meningkatkan pendapatan
4.       Kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan.
3. Konsep – huraian, sumber, contoh. (5 mkh)
                - takrifan kegiatan ekonomi
4. Jadual – data , tajuk , sumber (8 mkh)
Jenis Pekerjaan
Bilangan
Pegawai Kerajaan

Pekerja Kilang

Petani

Nelayan

Buruh




5. Grafik (15 mkh)
-          Graf bar beserta tafsiran
Tajuk , petunjuk , label paksi , skkala , plotan , tafsiran

6. Cadangan – fakta, huraian, contoh (3 atau lebih cadangan relevan). (20 mkh)
                -cadangan usaha untuk meningkatan pendapatan.
7. Potensi – fakta, huraian, contoh, idea, rasional (20 mkh)
                - kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan beserta alasannya.
8. Penilaian umum – kemas, tersusun, bahasa (2 mkh)


...............................................................................................

Konsep kegiatan ekonomi : 
Contoh - contoh :

1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.
    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.(http://kerjakhususgeografi.blogspot.com/)

2. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.
Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.(http://wowberita.org/definisi-takrifan-kegiatan-ekonomi-tugasan-geografi-pt3-2015)
-----------------------------------
RUJUKAN 1. (http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/tugasan-geografi-pt3-2015-kajian-ekonomi.html#axzz3dWbMCC44)
  • 1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian. 
Kegiatan Ekonomi
Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.

Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.

Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

  • 2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut
  • 3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut
  • 4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya
perkara penting tugasan geografi pt3 2015
Contoh-contoh atau jenis-jenis kegiatan ekonomi di sekitar kawasan petempatan :

1. Pertanian
2. Perikanan
3. Perhutanan
4. Perlombongan
3. Perniagaan
4. Perindustrian
5. Penternakan
6. Perkilangan

Bahan Rujukan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
  • Semua borang soal selidik (contoh di SINI) yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian
  • Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian
  • Menulis sumber rujukan dengan betul
  • Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data
Bahan Rujukan Tugasan Geografi PT3 2015:

1) Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
2) Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
3) Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Contoh tugasan Kegiatan Ekonomi klik PT3
--------------------------------------------
Rujukan 2:(http://www.bintangsukan.com/2015/06/konsep-dan-takrifan-kegiatan-ekonomi.html)
Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015. Objektif pertama kajian dalam membuat Tugasan Geografi PT3 tahun 2015 adalah mentakrifkankegiatan ekonomi. Takrifan kegiatan ekonomi boleh dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti di bawah. Pastikan nama kawasan kajian ditukar mengikut tempat tinggal atau kawasan kajian anda.

Takrifan Kegiatan Ekonomi
Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang.  Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian. 
 
Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi
Rujukan :
Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.


Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat. 
Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.


Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)
Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).

Contoh Borang soal selidik Kajian Ekonomi klik Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3
RUJUKAN 3 : Klik di sini  (http://www.ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html)

RUJUKAN 4 : 


----------------------------------------------------------

Langkah penulisan laporan

1. Tajuk
    Kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di kampung ........., Besut, Terengganu.

2. Jadual perancangan awal

3.Objektif kajian
Contoh :
   a.Menyatakan konsep dan takrif kegiatan ekonomi
   b. Mengenal pasti pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di kampung ....., Besut, Terengganu.
   c. Mencadangkan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.
   d. Menghuraikan kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan tersebut.

4. Kaedah kajian
Contoh :
  a. Rujukan - saya membuat rujukan di perpustakaan sekolah dan melayari internet.
  b. Pemerhatian - saya meninjau dan memerhati kawasan kajian serta merakam gambar yang berkaitan.
  c. Temubual - saya menemubual beberapa orang penduduk di kawasan kajian.
  d. Soal selidik - saya menjalankan soal selidik terhadap 20 responden berpandukan borang soal selidik yang telah disediakan.

5. Konsep
   Fakta : lihat contoh-contoh di atas.

  Huraian konsep : ekonomi primer, sekunder, tertier
 
  Contoh : nyatakan beberapa contoh kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan kajian.

Latar belakang kawasan kajian - bentuk muka bumi, jumlah penduduk, taraf ekonomi, kegiatan ekonomi utama, .

6.Jadual
  - Tajuk : Jadual menunjukkan .....
  - Data : Jenis pekerjaan dan bilangan 
  - Sember : Soal selidik 20 responden di kampung .... , besut, Terengganu.

7. Graf Bar
    - Tajuk : Graf bar menunjukkkan .....
    - Graf : Paksi, label paksi, data
    - Sumber : Jadual maklumat soal selidik 20 responden di kampung ..., Besut, Terengganu.

8. Tafsiran graf - nilai setiap bar, nilai tertinggi, nilai terendah, julat nilai dll.

9. Pilih satu jenis pekerjaan dan cadangkan tiga usaha untuk tingkatkan pendapatan.

10. Bincangkan tiga kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.

11. Lampiran.
-------------------------------------------------------------

Perbincangan guru-guru geografi daerah Besut.

[8:58PM, 16/06/2015] ‪: Tajuk mesti bt sama cuma tukar nama kaw kajian masing2.Tajuk ialah KAJIAN LAPANGAN TENTANG PEKERJAAN PENDUDUK DALAM PELBAGAI KEGIATAN EKÓNOMI DI KG.ALOR KELADI.BESUT.TERENGGNU,

[9:32PM, 16/06/2015] ‪
: Latar belakang tu mcm satu intro ttg jenis kegiatan ekonomi di kaw kajian.
[10:39AM, 17/06/2015] ‪
: Objektif : 1 Menyatakan konsep Dan takrifan kegiatan ekonomi
[10:41AM, 17/06/2015] ‪
: 2..mengenalpasti jenis2 pekerjaan penduduk di kws kajian
[10:43AM, 17/06/2015] ‪
: 3.menghuraikan usaha2 utk meningkatkan pendapatan penduduk di kws kajian
[10:44AM, 17/06/2015] ‪
: 4.mengenalpasti kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kws kajian Dan mnyatakan alasannya
[10:14PM, 17/06/2015] ‪
: objektif yg diberi oleh cg,kahar betul doh tapi kena ada nama kawasan kajian pada setiap objektif,Atau letak selalu nama kawasan kajian di bahagian atas,
[10:17PM, 17/06/2015] ‪
: konsep dan takrifan tu adalah benda yang sama je,markah 5m,sama mcm tahun lepas mesti menurut wikipedia ke,kamus dewan ke atau laman web ke,Dalam konsep tu mesti ada fakta,huraian dan contoh,sama mcm tahun lepas,
[10:19PM, 17/06/2015] ‪
: lepas buat konsep,kena buat latar belakang kebiatan emo di kaw kajian dulu,kira mcm intro atau pengenalan,lepas tubaru buat jadual,graf bar atau carta pai,
[10:22PM, 17/06/2015] ‪
: lepastu buat tafsiran kepada graf bar secara menyeluruh dan detail,iaitu nilai  bagi setiap bar meti dinyatakan,nilai tertinggi,nilai terendah,julat nilai tertinggi dengan terendah tu,dan lain lain yg boleh ditafsir drpd graf bar itu
[10:29PM, 17/06/2015] ‪
: utk soalan 2,2iaitu cadagan usaha usaha tu,calon kena pilih SATU sahaja kegiatan ekonomi yg pendspatan penduduk nya rendah sebab tujuan bhgn ni utk ti ngkatkan pendapatan,kemudian bagilah cadangan usaha usaha sama ada 3 atau 4 isi ikut krmampusn pelajar,tetepi kegiatan ekonomi yg dipilih tumestilah dominan atau melibatkan ramai penduduk dan pendspatsn mereka juga rendah,
[10:32PM, 17/06/2015] ‪
: utk soalan 2,3 pulak berilah 3 jugak kalau ada di kaw ,kajian,atau mesti lebih drpd satu sebab jumlah markah besar ,pelajar mesti tk msmpu hurai banyak utk dapat 20 m,lebih elok bg byk sikit ,3 lah elok,
[10:35PM, 17/06/2015] ‪
: kegiatan eko,yg berpotensi tu boleh je ygdisebut doh cuma upgrade lagi,cth  peniaga kerepok lekor boleh majukan atau tingkat pndptn jika mengeluarkan byk produk baru spt kerepok keping,kerepok syiro manis,pedas,kerepok frozen mcm sosej tu,dll
[10:39PM, 17/06/2015] ‪
: tetapi potrnsi juga boleh juga apa apa saja yg sesuai asalkan ada alasannya sama ada drsevi fizikal atau sosial,cth peikanan berpotensi jd pelancongan kerana tepi,pantai,pasir putih,ada chalet dll,
[9:11PM, 18/06/2015] ‪
: salam,ada maklumat terbaru,iaitu dalam latar belakang kena beritahu jenis jenis pekerjaan dalam pelbagai kegiatan ekonomi,tidak boleh katakan pesawah padi,penanam getah dan penanam tembikai kerana itu baru satu kegiatan ekonomi,jadi kena sebut pelbagai jenis pekerjaan supaya boleh dikategorikan dalam kegiatan ekonomi yg lain lagi iaitu perkilangan dan perkhidmatan,
[9:13PM, 18/06/2015] ‪
: untuk jadual mesti bertajuk Jadual menunjukkan jenis jenis pekerjaan yg terdapat di Kg,Alor Lintang,Besut pada tahun 2015
[9:15PM, 18/06/2015] ‪
: tajuk graf juga serupa iaitu Graf menunjukkan jenis jenis pekerjaan yg terdapat di Kg,Alor Lintang,Besut pada tahun 2015.
[9:17PM, 18/06/2015] ‪
: walau pun dalam latar belakang ada banyak jenis jenis pekerjaan yg dinyatakan,apabilankbt jadual dan graf bar pilih yg dominan sahaja,sama ada nk buat 3 higga 6 bar atau palang,
[9:20PM, 18/06/2015] ‪
: jadi di graf bar nyatakan paksi y bilangan org dan paksi x jenis jenis pekerjaan,tapi jenis jenis pekerjaan ini mesti mewakili aktiviti pertanian,perkilangan,perkhidmatan,atau mewakili sektor primer,sekunder dan tertier,
[9:31PM, 18/06/2015] ‪
: kalau pesawah padi,penoreh getah,petani,penanam ubi keledek,itu baru satu kegiatan ekonomi,soalan jelas iaitu kajian lapangan ttg pelbagai kegiatan ekonomi,jd latar belakang kena tulis pelbagai jenis pekerjaan lah mrliputi kegiatan eko lain sama ada sekunder atau tertier,kalau tk nk guna primer,sekunder,tertier boleh juga pertanian,perkilangan dan perkhidmatan,
[9:45PM, 18/06/2015] ‪
: mesti ada hok kerja cikgu,krerani,itu sektor perkhidmatan doh,pas tu ada hok berniaga runcit,itu perniagaan,kslau cari molek ada nya,biarlah penduduk yg terlibat sikit pun ,
[9:47PM, 18/06/2015] ‪
: sebab soalan nk 
elbg kegiatan ekonomi,kena bt gitu lah ketua kata,
[9:57PM, 18/06/2015] ‪
: graf nnti buat ikut kegiatan ekonomi @ jenis  pekerjaan?
[10:11PM, 18/06/2015] ‪
: buat ikut jenis pekerjaan tapi mesti dr kegiatan ekonomi pelbzgai
[10:15PM, 18/06/2015] ‪
: kena,buat contohnya petani,pekedai runcit,guru,buruh, baru lah mewakili pelbagai kebiatan ekonomi,
[11:23PM, 18/06/2015] ‪
: borang soal selidik pun pelbagai soalan ikut jenis pekerjaan dan kesesuaiannya,jangan lupa dalam borang ada ruangan jumlah pendapatan,ini penting utk soalsn czdangan usaha usaha utk men ingkatkan jumlah pendspatan penduduk,
[11:23PM, 18/06/2015] ‪
: betul tu mah,gitu lah
[11:23PM, 18/06/2015] ‪
: sama ada pilih 3 dominan hingga 6 dominan,
[11:23PM, 18/06/2015] ‪
: cg2 kena ikut maklumat terkini,sebab di Lpm sedang buat penyelarasan lagi,
[11:23PM, 18/06/2015] ‪
: pelbagai kegiatan tu cuma nyata dlm latar belakang je,bila nk bt jadual pilih lah dr sektor berlainan sama 3 bar hingga 6 bar
[11:23PM, 18/06/2015] ‪
: sebaik baik nya cg tolong rancang jenis pekerjaan apa nk bubuh dlm jadual tu,sebab senang nk bt soalan soal selidik dan pilih responden
[4:47AM, 19/06/2015] ‪
: Grafik wajib bt jadual dan graf bar sb ada markah masing masing tu.kalau bt satu je grafik rugi lah pekajar.
[5:07AM, 19/06/2015] ‪
: perancangan dan proses awal boleh bt sebelum 21 jun,kalau taklimat beri doh pd 16 jun lepas tu hari rabu dan khamis baru ni buatlah perancangan tu,tapi ada sekolah hari khamis baru buat taklimat jd perancangan kena buat dr 21 hingga 3 jul,pandai pandai lah cg,rosdi adjust masa ,
[5:09AM, 19/06/2015] ‪
 : tahun ni soalan berbelik,jadi kak ani rujuk org atas di lrmbaga supaya kita tidak salah buat,kalau cg2 dah tersalah beritahu pelajar,sama sama kita baiki  semula sebab tak start lagi pelaporsn akhir,
[5:15AM, 19/06/2015] ‪
: dominan di sini ialah bagi sektor berlainan,barudalam jadual tu ada mcm mcm jenis pekerjaan maksud lebih daripada satu kegiatan ekonomi,cth di bwah aktiviti pertanian,pesawah padi plg dominan,diwah perikanan,nelayan laut dalam plg dominan,dibawah perkhidmtan,guru paling dominan,jadi ambik hok dominan dominan tu masukkan dalam jadual,kak ani saya jelas doh kan cg2 semua,
[9:26AM, 19/06/2015] ‪
: sumber kena duduk di bawah jadual,bukan dibawah graf bar,tspi sumber tu kena detail sikit lagi ,cth,sumber, soal selidik daripadz responden di kg,bharu,besut

[4:47AM, 19/06/2015] ‪: Grafik wajib bt jadual dan graf bar sb ada markah masing masing tu.kalau bt satu je grafik rugi lah pekajar.
[5:07AM, 19/06/2015] ‪
: perancangan dan proses awal boleh bt sebelum 21 jun,kalau taklimat beri doh pd 16 jun lepas tu hari rabu dan khamis baru ni buatlah perancangan tu,tapi ada sekolah hari khamis baru buat taklimat jd perancangan kena buat dr 21 hingga 3 jul,pandai pandai lah cg,rosdi adjust masa ,
[5:09AM, 19/06/2015] ‪
: tahun ni soalan berbelik,jadi kak ani rujuk org atas di lrmbaga supaya kita tidak salah buat,kalau cg2 dah tersalah beritahu pelajar,sama sama kita baiki  semula sebab tak start lagi pelaporsn akhir,
[5:15AM, 19/06/2015] ‪
: dominan di sini ialah bagi sektor berlainan,barudalam jadual tu ada mcm mcm jenis pekerjaan maksud lebih daripada satu kegiatan ekonomi,cth di bwah aktiviti pertanian,pesawah padi plg dominan,diwah perikanan,nelayan laut dalam plg dominan,dibawah perkhidmtan,guru paling dominan,jadi ambik hok dominan dominan tu masukkan dalam jadual,kak ani saya jelas doh kan cg2 semua,
[6:39PM, 20/06/2015] ‪
: Cg kahar blh suruh pelajar bg bil dan peratusan setiap bar.kemudian nyatakan nilai tertinggi dan terendah.cari pula julat atatj perbezaan 2 item tu dr segi bil dan peratus.cth mengapa nelayan plg ramai ialah pekerjaan tradisi.lokasi di pinggir pantai dll.tetapi kalau dah bt penjelasan mengapa sst jenis pkerjaan itu tdpt di kaw kajian di atas bhgn latar belkg.tak payah hurai lg di bhgn tafsiran.nanti pernyataan berulang pulak.
[6:45PM, 20/06/2015] ‪
: Tak payah banyak sgt sb dalam rubrik pun suruh tafsir secara menyeluruh apa yg ada dlm graf itu.lagi pun markah 15 m tu bahagi dgn graf.kalau graf 10 mungkin tafsiran 5.itu pun kena bahagi pulak dgn pengenalan.dalam rubrik markah pgnalan tk ada.jadi markah tafsiran tu termasuk  pengenalan jugak.nanti kita selaras di besut bila kak ani balik dr lembaga.
[6:37PM, 21/06/2015] ‪
: Jangan kita keras sangat dgn pelajar.kaedah kajian tu nk pelbagai tapi permudahankan.ini pel t 3.jadi soal selidik.temubual.pemerhatian.buku teks dan internet semua berasingan dan kaedah yg berbeza.setiap  satu tu satu kaedah. Betul cg.rizal kata tu.mcm tahun lepas jugak.
[6:41PM, 21/06/2015] ‪
: Kaedah kajian 3 boleh.4 pun boleh.lebih lg pun boleh ikut kemampuan pelajar.kalau 2 tu sikit bg pel pandai memadai doh 3 atau 4.
[5:01PM, 22/06/2015] ‪
: perhatian kepada guru,utk jadual dan graf mesti merujuk kepada jenis pekerjaan,dan pastikan tidak ada lain lain pekerjaan,bar antara 3 hingga 6 sahaja,
[5:22PM, 22/06/2015] ‪
: mmg lah tapi payah kalau mcm tu sebab pesawah padi dan penoreh getah itu dalam sektor yg sama,kalau boleh adjust biar satu perkerjaan utk satu kegiatan ekonomi,baru nampak pelbagai,contoh nya guru 8 org,peniaga runcit 6 org,petani 3 org,buruh  2 org,dan pengawai bank 1 org,jadi cukup 20 responden,Cg kena beritahu molek ke pelajar sebab kalau byk sangat jenis pekerjaan tskut pel buat palang lebih daripada 6,
[8:29PM, 22/06/2015] ‪
: Utk usaha tingkatkan pdpatan pilih satu jenis pekerjaan dan bg 3 atau 4 isi.mesti ada fakta.huraian dan cth cg mahani deh.Tapi utk soalan potensi blh bg 3 kegiatan ekonomi yg blh dimajukan di kawasan kajian.Jangan tukar pulak.cg kena faham molek.
[10:15PM, 22/06/2015] ‪
: Mksudnya budak hurai 1 pkerjaan sajalH utk cadangan dan kembangkan pkerjaan tu
[10:39PM, 22/06/2015] ‪
: Satu jenis pekerjaan je.
[10:45PM, 22/06/2015] ‪
: Bagi 3 atau 4 cadangan utk tingkat pdptan.cth kalau peniaga runcit.cara nya bt pinjaman modal.drpd Tekun atau amanah ikhtiar.mempelbagaian hasil jualan supaya pembeli byk pilihan.tambah lah 2 isi lg.cari internet atau bahan lain.


Contoh-contoh:









8 comments: