Sunday, February 3, 2013

KGT 2013 - TAJUK 2.

Konsep Penternakan:
Penternakan ialah satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri berjaya dijinakkan. Pada zaman Neolitik, oleh kerana manusia mula tinggal menetap di satu-satu tempat, kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding zaman sebelumnya yang tertumpu hanya kepada daging untuk makanan. Setelah itu, manusia mula memternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya selain digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza.
Pada zaman moden ini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi seperti industri farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian dan penternakan.

Sumber : wikipedia.org

Jenis penternakan;
ayam / itik
lembu / kerbau
kambing /
biri-biri
burung
rusa
seladang
babi
cacing
buaya
lebah
arnab
kuda
lintah
kura-kura
katak
ikan / ketam /
udang / belut /
lokan / kerang /
belangkas /
gamat

Kepentingan kegiatan penternakan di kawasan kajian:

Sumber pendapatan
Peluang pekerjaan
Bekalan makanan
Sumber perubatan
Sumber bahan mentah
Barang perhiasan
Pemindahan teknologi
Pengurangan import
Peningkatan eksport
Pelancongan

Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan di kawasan kajian:
Permintaan / pasaran
Harga tinggi
Iklim, Bentuk muka bumi
Agensi kerajaan / swasta
Pelaburan asing
Warisan keluarga
Pengangkutan Modal
Buruh
Teknologi
Kemudahan asas  / infrastruktur
Bekalan makanan
Dasar kerajaan
Penyelidikan dan pembangunan


Kesan negatif kegiatan penternakan di kawasan kajian:
Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran bunyi
Pencemaran bau
Wabak penyakit
Perubahan landskap
Flora terjejas
Sensitiviti masyarakat
Krisis bekalan air bersih
Ancaman kepada masyarakat sekitar
Harga makanan ternakan meningkat
Harga ternakan tidak stabil

Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan di kawasan kajian:
Kuat kuasa undang-undang
Kempen alam sekitar
Pendidikan alam sekitar
Penyelidikan dan pembangunan , contoh:MARDI
Kawalan keselamatan
Penyelenggaraan berkala
Menanam pokok
Pemantauan , contoh:PBT / JAS
Rawatan air kumbahan
Mengawal pemberian lesen
Mewujudkan kawasan ternakan luas / terancang
Mewujudkan kawasan padang ragut
Kawalan harga ternakan



No comments:

Post a Comment

Post a Comment